Sunday, May 11, 2008

A day I will not forget...

Dulu-dulu masa sekolah mesti penah buat essay tajuk ni kan. So, tak per kan kalau kali ni aku nk wat essay tajuk tu.....hahahahah. Mesti uols tertanya2 apekebenda nyer yg sonok sangat tu kan. Ingat tak last posting aku ader citer pasal hectic life...??? Camni citernyer, last Friday (9 Mei 2008) almost seari suntuk aku ngan MB Perak.......dari tengaharinya sampailah sebelah malamnya. Meal pulak sampai dua kali ngan MB....lunch and dinner......Mesti korang teruja nk dengor citer aku kan. Tapi biasa ler kan....yang nyampah ngan dia, tak semena2 akan nyampah ngan posting aku ni jugak. Tapi korang kena ingat balik......kalau yang nyampah tu korang boleh letak cursor korang tu kat tanda X kat sebelah atas kanan tu and klik jer. Afterall ni blog aku kan....sepertimana perjanjian awal penubuhan blog aku ni......."Ikut Suker Aku Ler Nak Tulis Pekebenda Dalam Blog Ni......Korang Haper Pedulik"

Back to citer MB Perak.....Yang Amat Berhormat Dato' Seri Ir Haji Muhammad Nizar Bin Jamaluddin, actually beliau ada Lawatan Kerja ke Daerah Manjung bersama 8 Exconya.....cuma 2 org Exco yg tak dapat hadir. Difahamkan belum ada lagi lawatan kerja MB yg turut disertai oleh exco yang seramai ni....hampir2 full strength. Briefly camni lah rentetan event pada hari tu

MB menunaikan solat Jumaat di Masjid Daerah Manjung.......heheheh aku dok sebelah MB (actually selang 2 orang......kira sebelahh ler tu....satu saff)

Selesai solat, terus ke Pejabat Daerah & Tanah Manjung......lunch ngan MB tapi bukan satu meja ler.....tapi kalau dah among VIP kira okay what...???

Selesai lunch.....ngan MB lagi, ada Taklimat Pembangunan Daerah yg disampaikan oleh Pegawai Daerah Manjung....abis tu MB pulak bagi ucapan. Taklimat ini disertai oleh Exco2 Kerajaan Negeri Perak dan juga J/kuasa Tindakan Daerah.....and off course I was there too.

Ni....ucapan MB dlam taklimat tersebut - ucapan1MB.WAV


Exco-exco Kerajaan Negeri Perak turut memberikan komitment.


Abis taklimat tu....lebih kurang 4.30 petang.....bertolak ker Dewan Merdeka, Majlis
Perbandaran Manjung untuk majlis yg seterusnya...."Sessi Perjumpaan Menteri Besar Perak dengan Kakitangan Kerajaan (Negeri & Persekutuan), Badan Bukan Kerajaan & Pemimpin / Ahli Masyarakat"


Ni......ucapan MB dlm majlis tersebut - ucapan2MB.WAV



Ramai sungguh......sumer datang dengan rela hati tanpa adanya unsur2 paksaan.....bukannya paksarela yang macam dulu-dulu tu....hehehhehe.

Seronok benor demer ni Yop....dapat jumpa MB baru dari Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.....

Dato'Seri. : "Tak peghonah teman mimpi nak jadi MB ni....Yop"


Seronok betoi rakyat Perak dapat MB baru ni yer....sumernyer pakat nak enterpremm jer

Majlis petang tu selesai dengan High Tea. Opps nanti dulu....tak abis lagi. Malam ni Dato' Seri ada Majlis Perjumpaan dengan rakyat Parlimen Beruas pulak.....Kat mana tu.....kat Arena Square Pengkalan Baharu ler. Tapi program malam ni program politik ler....so aku tak baper amik port. We have to be professional.....as an administrator tak leh campur hal2 politik....baru laaa orang respek. Dato' Seri cukup respek dengan penjawat2 awam sampaikan dia warning pada semua orang-orang politik termasuk dari kalangan PAS, PKR or DAP, jangan sekali2 interfere keja2 penjawat awam or mempengaruhi mana2 proses membuat keputusan. Bukan macam dulu.....bila keje rasa tertekan ngan orang2 politik yg selalu dok mengganggu gugat kerja2 penjawat awam. Sapa lagi, puak2 yang lagi satu laaa.....heheheheh.

Sebelum ceramah tu......aku berkesempatan untuk dinner dgn Dato' Seri. Kali ni tak macam lunch tengahari tadi. Nak tau pasal apa...???? Kali ni aku dok sebelah dgn MB.....satu meja..... Betoi....sungguh....tak tipu. Tapi biasa laaa......kalau org yg jadi cameraman ni....gambaq dia sendiri bukan ada sapa2 nk tolong ambik....kesian2. Tak kanlah masa ngan MB tu aku curi2 tangkap gambaq dgn dia guna hanpon aku pulak....jatuh laa aku punya imej....hehehe.

Macam aku cakap tadi......MB ni cukup professional.....bila sampai time ceramah....dia tak ajak aku ikut dia nak pentas sekali pasai dia tau bezakan antara politik dengan administrative. TQ Dato' Seri kerana cukup understanding. Aku tinggalkan MB untuk sessi ceramah tu tapi aku masih dapat rakaman ceramah tu. Bukan aper....aku teringat kat kawan2 yang selalu dok tanya kat aku pasal ucapan2 MB Perak ni termasuklah rakan2 bloggers.

MB Perak turut berkesempatan untuk menyampaikan bantuan ehsan kepada seorang mangsa kebakaran yang berlaku baru-baru ini.

Ni lah ceramah MB pada malam tersebut - ceramahMBPerak.WAV


Fenomena yg tak pernah berlaku sebelum ni.....program PAS dihadiri oleh masyarakat India dan Cina. Dok depan sekali plak tu....penuh khusyuk walaupun belum tentu paham 100%. Malam tu MB banyak memetik ayat2 suci Al-Quran dalam ucapannya tanpa mengira sama ada audience nya Islam atau "masih belum Islam"....iaitu sesuatu yg jarang sekali berlaku. Kita biasanya tidak mempunyai kekuatan dalam membicarakan hal2 keagamaan bila bersama rakan2 yg "masih belum Islam" tetapi MB Perak mempunyai kekuatan rohani yang luar biasa dalam membicarakan hal2 keagamaan Islam termasuklah Al-Quran bersama golongan ini.


Akhir sekali selamat mendownload ceramah / ucapan MB. Camner nak donlod...??? Senang jer, pegi kat link ceramah/ucapan...terus klik. Lepas tu akan kluar page 2shared.....tgok kt belah bawah kanan akan jumpa Times downloaded: 0 File URL: Last downloaded:
bila jumpa Save file to your PC:

klik dan pilih sama ada utk open or save kt file.

Kat File URL:

tu....korang boleh amik dia punya skrip dan tampal kat korang punya blog pulak. Selamat mencuba dan mendengar.

No comments:

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...