Tuesday, May 20, 2008

~::Bloggers United::~

Untuk pengetahuan sumer, ari neh CM telah terima sebuah buku secara pos. To me, it really gave a very special meaning.....judulnya "Gangguan Teksual". Mungkin ada yg penah tahu ttg kewujudan buku neh. Naper bagi CM special...? Kerana blogging telah menemukan CM ngan buku tuh.....yang merupakan cebisan himpunan entry blog daripada 19 blogger terpilih yg sudah tentu org2 yg dah lama berada dalam alam blog neh.


It really mean a lot to me....sebagai blogger yg baru berjinak2 dalam alam neh, tak sangka plak dlm dok tgah blog-hopping boleh tereksiden kat sini dgn Rudy iaitu pemilik bluehikari dan lantas tergerak di hati ini utk mengorder buku tu yg cuma regernyer RM23 termasuk pos.

Terasa bangga plak.....krn menjadi segelintir manusia dlm dunia ni yg berjaya memiliki buku tersebut. Rasanya bukan sumer orang berupaya memiliki buku tersebut krn hanya org2 yg tertentu sahaja yg menjual dan menyimpan stok tersebut. Sesaper yg berminat cubalah tanya pada Rudy kot2 boleh dapat lagi. CM pun dapat buku tu bukan dari Rudy tetapi Rudy lah yg telah membantu CM bagi mendapatkan buku tersebut dari org lain kerana Rudy sendiri telah kehabisan stok.

E-mel Rudy kpd CM :

Assalamualaikum
Encik Azam, Cik Khadijah dan Encik Cybernetics Minds

Saya rujuk tempahan GT tuan/puan di blog saya. Disebabkan buku GT dalam simpanan sy yang terhad,
maka saya tak dapat jual GT kepada tuan/puan. Walau bagaimanapun, saya dah usahakan GT yang masih
banyak dalam simpanan shbt saya elmaaniq di
elmaaniq@yahoo.com. Saya telah tempahkan siap2 untuk tuan/puan bertiga.

Oleh itu, sdr elmaaniq akan menghubungi tuan/puan terus melalui emel untuk prosedur pembayaran dan penghantaran. Saya mohon maaf banyak2 kerana kali ini GT terlalu pantas laku di pasaran.

Kalau ada sbrg masalah sila hubungi saya semula di emel ya.

ikhlas,
rudy bluehikari

___________________________________________________________________









Viva Kesatuan Bloggers.......








Cybernetics Mind pernah berkata :

After all....it's all about blogging , where things sometimes happen in an unsangkarable way......hahahaha

9 comments:

nadzunix said...

salams ...

rezeki anda wahai CM .. sy tgh tertanya2 mana nak dpt naskah itu ..
melihat2 ke dlm pelbagai blog, dan berminat nak mendapatkannya ... tapi tak semua tahu ..
kenapa la sy x singgah ke blog sedara rudy itu.. eeee.... ehehhe

ehh .. the unsangkarable tuh org selalu pakai dgn memember skulah .. .ehehe ...

Cybernetics Mind said...

wahai sahabatku nadz....cheeewah
cecuber ler tanya rakan2 bloggers berkenaan kot2 boleh tolong dapatkan di mana2. Cam CM ari tuh, Rudy yg tolong booking kan dari org lain....

terharu laa....dlm dunia blog neh, walopun kenal gitu2 jer tapi tahap kesetiaan dan kepercayaan tu adakalanya di tahap yg boleh dibanggakan.

Yaya said...

buku ape ni ekk...agak2 blur sket

klo bagus taknak la ketinggalan memilikinya cewahhh skema ayat teman..

Cybernetics Mind said...

aleeya...rasa2nya dah out of stock kot....CM terjumpa kt sini http://www.bluehikari.com/nikki/index.php?paged=11

Faisal Admar said...

wah menarik buku nih... kena dapatkan nih... :)

Cybernetics Mind said...

faisal admar...
sorry to say....rasernya dh out of stock kot. tapi tak salah kalau u keep on searching kot2 terjumpa kt mana2 blog

Anonymous said...

saye bAru2 jugak ber-blog berbanding anda2 yg lebih senior berblogging ni. penah terdengar psl buku ni tp xtau sejaUh mane kehebatan nye. cambest utk beli sbg koLeksi je. ade lg ke?

Cybernetics Mind said...

ju-lia..silap info tuh. saper yg lebih senior dlm berblogging neh? suppose to b u...not me. CM baru bertakteh jer since 26 April 2008, check it out....hehehehe

sorry to say ju....rasanyer buku tuh dh abis kot. neway u can check link org2 yg berkenaan...mana ler taw kot2 ada rejeki ju

Unknown said...

Huhuhuh... kiranya kalau kite ni ahli blogger tak kire la register ngan mane pon, janji blogger, kite ni dah dikire masuk persatuan blogger cam dalam buku tuh cakap ker?

Menarik ni... ade persatuan blogger cam ni. Ingat idea blogger ni lekeh ka?

Bukan semua mampu berblogg. kan?
Tapi tahun ni, aku tengok makin ramai penulis blogger yang muncul dan melahirkan idea-idea kreatif. Tak kire dari mane pelusuk pon.

Tapi ade sesetengah tuh perlu menyelami lagi alam blogger. Aku pon lame gak jadik pembaca blogger sebelum menulis blog aku ni. Dah dapat keberanian dan 1 idea uniq barulah aku memulakan penulisan blog.

Aku pon dalam peringkat pembelajaran memblog... wakaka... perlu banyak carik ilmu dari Pro-Pro Blogger macam nkorang semua.

Timer Kasih~

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...