Tuesday, April 29, 2008

Salam Takziah

Pagi nie dapat news yang mengatakan cahaya mata (anak lelaki) kepada FBI - Faizal Bin Ismail salah sorang DJ Hot FM, telah kembali ke rahmatullah setelah dilahirkan 12 hari yang lalu. Anaknya tersebut merupakan anak kedua setelah penantian selama 5 tahun selepas anak pertama (girl) dilahirkan. Semoga Faizal dan isteri tabah menghadapi ketentuan Allah tersebut. Setiap yang berlaku di dunia ini tentu ada hikmahnya dan kita sebagai hambaNYA perlu redho dalam menghadapi ujian-ujian Allah. Cuma dalam hal ni Faizal perlu tabah dan berikan fully support pada isteri kerana dalam hal ni dia yang lebih emotionally disturbed.


Aku tau laaa, aku pun penah experience benda2 camni. My son died 11 years ago, cuma diberikan kesempatan untuk "menjengok" ke dunia ni selama 3 hari jer.....Tu lah pasal dalam bab2 neh aku cukup paham. Tak per....nanti dalam entry lain, kalau ada kesempatan aku citer. Aku kehilangan sorang anak jer tapi tadi aku ada dengaq ada sorang caller tu, tak silap aku nama Kak Zaharah yang kehilangan 4 orang anak. Camna tu erkkkk...??? Allah saja yang tahu camner ketabahan dan kesabaran Kak Zaharah tu.


Tu lahhh, aku bab2 orang buang baby ni, aku cukup hangin satu badan.......Tak mustahil orang2 yang buang anak ni bile depa tua nanti....sure hidup merempat di jalanan....kalau nasib baik skit pun, dok kat rumah-rumah orang tua atau rumah-rumah seri kenangan.


Pesan aku utk org2 lain yang ada anak tu.......appreciatelah anugerah yang Allah kurniakan untuk hangpa semua tu.....dan doa2kanlah agar aku pun dianugerahkan oleh Allah macam hangpa jugak.

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...