Wednesday, April 30, 2008

Borang Nyata Cukai Pendapatan 2007

Ari ni last wooo untuk pengembalian Borang Nyata Cukai Pendapatan 2007. Aku dengaq ada opish Income Tax yg beroperasi sampai tengah malam ari ni. So....hangpa sumer camner dah settle ker...??? Ntah ler....aku bab2 ni aku tk amik siyes laa pulak. Actually dh 4 taun aku tk dengaq apa2 pasal income tax ni....depa dah sombong tk mau contact aku lagi.....heheheheh. Apa penyata pun aku tak dapat2...dah tu pulak aku ni peshen yg tk mo amik tau plak....baguih laa tu.

Dulu2...masa aku keja kt company dulu, tiap2 taun sure sampai dia punya penyata tu. Bukan susah nak isi pun senang jer....apa yg ada dalam EA Form tu kita salin balik ler lebey kurang dalam Borang B tu kannnn. See....aku dok ingat lagi pasal bab isi-mengisi borang yang aku cukup meluat nak buat. Borang apa pun camtu....bila sampai bab borang, aku rasa hampehh sangat. Laa ni depa kata lagi senang boleh buat melalui internet....yg depa panggil e-Filling. Aku pun tk amik tau sebab dan akibatnya kalau aku gagal nk buat penyerahan tu.....tapi dalam kepala otak aku ni memang dah ada jawapannya kalau depa tanya naper tak hantaq. Biasak laaa, aku akan jawab balik "camner nak hantaq....dah tak ada apa nak hantaq". Okay tak....hehehehe, bunyi cam orang tak bertanggungjawab jer kan......

Actually aku pun ada sejarah gak ngan Income Tax ni....satu ketika dulu, tak semena-mena depa pindahkan fail aku from LHDN Ipoh to LHDN Taiping. Suka2 jer depa buat cam tu. Lepas fail tu dipindahkan.....baru laa depa acknowledge kat aku melalui surat. Dalam surat tu kata.....reason depa pindah fail adalah berdasarkan alamat dalam IC aku tu.....aku ni born & grown in Taiping. Hellooooo brader........kalau aku keja kat Ipoh, logically takkan depa pindah just because I was born in Taiping kot..???? Kalau fail aku tu kat Ipoh kan senang depa nak check dgn company yg aku attached tu....neh, in case kalau pegawai depa bukak fail aku di Taiping....so they have to travel to Ipoh kalau2 nk check apa2 ngan majikan aku tu.....So, to me it sounds a lil bit of ridiculous. Tu laaa yang aku kata yg aku ada sejarah ngan LHDN ni. Neway......nanti kalau aku dah free dan boleh berfikir dengan rasional aku pegi laa. Korang sumer kena ingat dgn konsep blog ni.......Less Emotions Will Clear A Confused Mind......hahahahahah promo beb, jgn tk promo.

Takut gak aku....nanti tk pasal2 aku merengkok kat penjara plak semata2 tk amik pedulik hal2 income tax nehh....Ishhh tak mo aku......dalam penjara tak internet kan...????? Camner aku nk blogging ngan korang sumer.......mintak simpanggggg.

Live Dewan Rakyat

Hari ni telah melakarkan sejarah baru di mana kita sebagai rakyat Malaysia dapat mengikuti Persidangan Dewan Rakyat secara live. Namun from my personal point of view.....tk baper seswai lagi laa untuk orang2 Malaysia ni kerana tahap kematangan berpolitik kita masih berada di tahap yang masih belum boleh dibanggakan.
Kita perlu akur bahawa bukan sumer rakyat boleh berfikiran rasional. Mungkin apa yang dipertontonkan kepada rakyat pada hari ni merupakan satu "cultural shock" bagi mereka yang tidak dapat berfikir secara rasional. Haper taknyer.....terkejut beruk kalau orang2 yang tak pernah tengok persidangan Parlimen ni buat pertama kalinya tengok pemimpin-pemimpin mereka "bercakaran" dalam satu sessi shoutting match yang cukup mengejutkan mereka. Pada aku ianya bukan lagi satu kezutannn, sebab dah pernah tengok dulu-dulu, malah Tun Dr. Mahathir pun dalam Parlimen dok kata kat orang (Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang) barua.....itu normal, tapi mungkin ada orang yang tak leh terima.....mungkin depa tak sangka Tun boleh kata kat orang cam tu dalam Parlimen.

Sebagai contoh....sekarang ni (sambil2 streaming kat internet ni) dalam Parlimen dok tak abis2 membicarakan or lebih seswai kalau aku katakan terjerit-jerit antara satu sama lain di dalam mempersoalkan isu-isu point of order sebagai peraturan utama di dalam Persidangan Dewan Rakyat. Namun dilihat hari ini, YDP Dewan, YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Haji Mulia seolah-olah (ingat kata2 aku ni....seolah-olah) kurang berupaya untuk mengawal keadaan sebentar tadi. Namun begitu, secara rasionalnya kita perlu memberikan sedikit ruang kepada beliau memandangkan hari ini merupakan hari pertama beliau "bertugas" sebagai YDP Dewan Rakyat.


Well....camner pun aku nak amik kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada semua Ahli-Ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat untuk mewakili rakyat di Parlimen dan jangan lupa anda semua juga mempunyai tugas atau peranan yang lebih besar iaitu untuk memperhambakan diri kepada rakyat......

Tuesday, April 29, 2008

Salam Takziah

Pagi nie dapat news yang mengatakan cahaya mata (anak lelaki) kepada FBI - Faizal Bin Ismail salah sorang DJ Hot FM, telah kembali ke rahmatullah setelah dilahirkan 12 hari yang lalu. Anaknya tersebut merupakan anak kedua setelah penantian selama 5 tahun selepas anak pertama (girl) dilahirkan. Semoga Faizal dan isteri tabah menghadapi ketentuan Allah tersebut. Setiap yang berlaku di dunia ini tentu ada hikmahnya dan kita sebagai hambaNYA perlu redho dalam menghadapi ujian-ujian Allah. Cuma dalam hal ni Faizal perlu tabah dan berikan fully support pada isteri kerana dalam hal ni dia yang lebih emotionally disturbed.


Aku tau laaa, aku pun penah experience benda2 camni. My son died 11 years ago, cuma diberikan kesempatan untuk "menjengok" ke dunia ni selama 3 hari jer.....Tu lah pasal dalam bab2 neh aku cukup paham. Tak per....nanti dalam entry lain, kalau ada kesempatan aku citer. Aku kehilangan sorang anak jer tapi tadi aku ada dengaq ada sorang caller tu, tak silap aku nama Kak Zaharah yang kehilangan 4 orang anak. Camna tu erkkkk...??? Allah saja yang tahu camner ketabahan dan kesabaran Kak Zaharah tu.


Tu lahhh, aku bab2 orang buang baby ni, aku cukup hangin satu badan.......Tak mustahil orang2 yang buang anak ni bile depa tua nanti....sure hidup merempat di jalanan....kalau nasib baik skit pun, dok kat rumah-rumah orang tua atau rumah-rumah seri kenangan.


Pesan aku utk org2 lain yang ada anak tu.......appreciatelah anugerah yang Allah kurniakan untuk hangpa semua tu.....dan doa2kanlah agar aku pun dianugerahkan oleh Allah macam hangpa jugak.

Monday, April 28, 2008

Ummmmmm sedapppppnyerrrr


Ni adalah among dishes aku masa lunch tadi. Ummm, sedap tak ? Masak Lemak Cili Api Ketam & Nenas. Disediakan oleh my beloved wife.....the one and only Biwi No1 tu lerrrr. Ari ni dia tak kejer so dia ada time untuk masak untuk hubby kesayangan ni....heheheh. Huihhh tu apsal tu...? Aku tengok ada yang meleleh-leleh air liur pulak......Tak tahan ker?Korang nak resipi kena tanya Biwi aku laa. Aku tak tau....aku tau makan jer....heheheh. Yupp.....aku & wife memang jenis yg enjoy & know how to appreciate food. Jauh mana pun....InsyaAllah mesti nak try.

Terkezuttttt

Saturday night ari tu aku telah menerima satu call dari sorang sahabat yang nun jauh di woojung Semenanjung Mesia. Dia neh member masa skolah doolu-doolu....lepas SPM terus masing2 bawak diri......so lebey kurang 19 taun dulu......woooo stop counting my age erkkkk....hehehhehe. Dalam tempoh tu cuma skali jer jumper masa wedding reception salah sorang member skolah kami.

Member aku yang call neh.....tanpa meleret2 and direct to the point terus bagitau tujuan dia call aku.

"Hang boleh tolong aku tak"
"Tolong per ? InsyaAllah aku boleh tolong....hang kan kawan aku"
"Pinjam duit...."
"Baper...?"
"40 Ribu"

* Terkejut badak aku masa tu

"Ni bagus punya peluang, dalam masa 2 ke 3 bulan aku akan bayaq punya.....ni proven punya, hang takkan tak ada duit kot, hang keja baik punya"
"Pe businessnye tu....?"
"Hang bagi jer duit tu kat aku, pas tu hang tengok camner aku buat"
"Aku ni mana ada duit banyak tu, hang pun tau aku ni makan gaji jer bukannya wat business"
"Tak pa, tak pa hang boleh wat loan ngan Bank Rakyat, 2, 3 ari boleh approve. Ni baik punya business takkan nak lepas pluang kot?"
"Tak pa laa Mat, aku pikiaq dulu takkan aku nak wat keputusan sekarang kot"
"Ok tak pa, hang pikiaq dulu nanti apa2 hal aku contact balik, jangan lepas peluang ni tau"
"Ok Bye, Assalamualaikum"

Ish, ish, ish aku tak paham betoi laa dan aku masih speechless dgn kata2 dari kawan aku tu. Siap mintak bagi duit kat dia & suruh aku tengok dia buat apa. Hahahahhaha pelik kan rasanya. Hangpa nak tau aku rasa camner masa tu.....aku rasa macam bagi duit kat orang lain, suruh dia menikah and pas tu aku gigit kuku jer, wusya dari jauh......hahahhaha. 40 ribu tu banyak beb.....kalau aku nak tambah bini, 3 orang sekaligus pun bolehhhh. Tapi aku tk bagitau laa kat Biwi No1 aku masa tu.....hehehehehe. Pas dia baca blog ni baru dia tau.....ahaks.

Kezzzzutan kedua, siap suruh aku wat personnal loan lagi ngan Bank Rakyat, pastu duit tu bagi terus kat dia.....pelik kan????? Haper dia sendiri tk leh wat loan ker??? Tapi aku ni jenis tk sampai ati nk bagitau kat dia masa tu....silap aku gak.Hellooooo......aku ni sumor idup tak nah wat personnal loan pun. Bukan aku nak kata aku neh duit melambak kat dalam akaun tapi at least aku masih boley survive ngan apa yang aku ada. Aku tengok mentaliti org yang wat loan bank ni pun kadang2 tu semacam jer.....bukannya ada apa2 keperluan. Kononnya sesajer wat, simpan dalam akaun kalau2 ada emergency, time tu baru nak pakai. Deiiii, pi rah, emergency konon. Kalau duit tu dah ada dalam akaun takkan nak biaq camtu saja....Beli h/pon baru tu emergency ker??? Aku dah masak laa hal2 ngan personnal loan ni.

So....kepada kawan aku tu (aku tau hang mungkin akan baca blog aku nehh) aku mintak mahap banyak2, bukan niat aku nak menjatuhkan maruah hang or aper, tapi kenyataan2 hang tu masih belum meyakinkan aku dan aku juga pecaya yang orang lain punya stand pun cam aku gak, tak mudah nak wat cam tu walaupun kadang2 tu adik beradik sendiri yang mintak duit. Tapi andai kata kalau ada kengkawan yang sesak sangat, nak makan pun tak dak duit or anak2 nak minum susu pun tak dak duit, InsyaAllah kat luar sana melambak insan2 yang tersentuh hati untuk membantu. Bersyukurlah ngan apa yang ada........fikirlah betoi2 sebelum hang wat apa2 keputusan....40 ribu tu bukannya skit beb.....macam aku cakap tadi nak tambah 3 bini sekaliguih pun boleh. Hang mungkin tengok aku punya statement ni macam main2 or macam tak bagi support to kawan2 tapi percayalah, InsyaAllah satu hari nanti hang akan terima gak ngan apa yang aku "main-mainkan" neh.

One more thing.....biaqlah org kata aku ni kedekut ker.....taik hidung masin ker, manis ker (aku tak tau wooo, tk penah raser lagi laaa....hehehe) pasal yang nak terkena ker haper ker bukan org lain.....aku jugakkkk. yang nak tension ker haper ker bukan org lain......aku gak.

Aku dah penah kena dah....masa aku bujang doolu2. Aku siap tanggung orang nak start business, siap boleh tanggung a/cond 2 unit untuk butique orang tu. Korang mesti hingat dia ni aweks aku....no absolutely no dan aku tk der apa2 intension pun dan tak harapkan apa2 balasan tetapi atas desakan2 yang aku terima dari orang tu aku jadi lemah. Yang tak logiknyer....husband minah tu Engineer TNB lagi....takkan broke kot. Yang sakitnya bila aku nak dapat balik duit aku tu.......kalah mintak sedekah. Tebalnya muka aku maser tu, Allah jer yang tau.

Lagi satu story....ada sorang mamat tu pinjam lebih kurang RM1300, bukannyer banyak kan.....tapi oleh kerana time tu aku dah betoi2 desprate. Mana tak despratenyer time aku nak kawin, duit2 aku hampir semuanyer ada kat tangan orang lain.....tak ker mengelupor aku dibuatnyer. Korang bayangkan laa.....duit nak kawin bukannyer skit beb....kurang2 pun 10 ribas termasuklah duit yang beli a/cond tu......heheheheh. Dalam citer RM1,300 ni pun aku jadi cam orang mintak sedekah gak.....sampai aku kena maki ngan bini mamat tu, kononnya aku menggugat kebahagian rumahtangga depa.Pelahh nasib aku kan....Oleh kerana desprate sgt masa tu , aku pun buat offer kat kawan aku tu......potong RM300, bayaq seribas jer. Pelek tak pelek aku jadi ALONG yang bagi discount.....mana nak cari dalam dunia ni wooooi. Pas tu si mamat tu pun bagi laa cheque dia kat aku.....pergh terkejut badak lagi sekali aku.....post dated giler babi punya.....bukannnya seminggu dua tapi makan bulan. Serupa gak macam tak bagi. So, terpaksa laa ku jadi mintak sedekah lagi......jenuh wooo. Patutnya aku jadi Along tapi aku dok jadi mintak sedekah pulak......

Sebenaqnya banyak lagi citer2 pasal aku pinjam duit kat member2 ni. Bukannya pasal aku ni banyak duit......cuma time tu tak baper pandai guna duit......hahahahha. Sekarang pandai dah beb.....

Cukuplah 2 citer ni jadi pengajaran utk sumer and aku harap Mat, hang paham naper aku susah nak bagi hang 40 ribas tu. Aku yakin, even mak pak kita sekali pun tak semudah tu nak bagi duit kat kita.....unless masa tu kepala kita or tangan kita dah nak kena pancong ngan geng2 ALONG......

Aku ngaku sekarang neh aku dh tak cam dulu lagi....aku dah tau nak jadi macam Haji Bakhil, tapi tk dak la macam dia yang ada kete buruk tu, cuma aku ni dikategorikan mcm Haji Bakhil bila nak ngorat Ceegu Mughniii tu......rendah skit laa tahap kebakhilan tu.

Wokay....chowwwww

Saturday, April 26, 2008

Cybernetics !!!!!!!

Owwhhh cybernetics tu.....????
Humberto Maturana kata "Cybernetics" tu ialah " the science and art of understanding "

Larry Richards, bekas Presiden American Society For Cybernetics pada tahun 1987 berkata I continue to want cybernetics to be talked about as a dynamic set of ideas, a dynamics that is realized in dialogue among humans. That is, I want the label "cybernetics" to attract people who have an interest in both the subject and practice of conversation, and of creating the "new" out of this form of dynamic interaction, irrespective of whether their interests are in electronics, life, society, or mind, and whether they come from science, art, or politics.


Ernst Von Glasersfeld pulak kata cybernetics tu ialah :

"a way of thinking"

"Cybernetics is the art of creating equilibrium in a world of possibilities and constraints."

Exam oh exam

Ni baru jer balik dari longgggg "vacation". Heheheheh......vacation haper, berhempas pulas ngan exam. Lebih kurang 16 ari aku cuti, 6 ari unrecorded and the rest annual leave. Umm, berhempas pulaslah konon....Pi rahh, mana ada orang lelaki yang betoi2 study hard untuk exam. Cer citer kat aku. Yang aku tau orang lelaki ni sentiasa mengagong-agongkan konsep smart study or smart learning. Heheheheh....boleh caye ker beb. Smart study per nama ? Daripada sebuah buku yang mempunyai 300 mukasurat, yang baca tak sampai 50 muka jer....kononnya smart study, heheheheh.

Yang iyanya orang lelaki ni sejak azali lagi suka menyepot question, tu jer. Bila exam, yang dispot tak keluaq maka si lelaki-lelaki genius ini akan menggunakan kesaktian mereka dalam exam ni......nak tau apa dia....? Apa lagi....... satu pendekatan yang dinamakan common sense dan juga logik akal.......dengan menggunakan mekanisme "menggoreng" secukup-cukup rasanya. Haaa, tu lah yang geng2 pompuan dok jaki (jeles) dengan kelebihan yang ada pada lelaki tu. Yang heran tu, dalam2 dok menggoreng tu, result gempaq jugak......Kalaulah study betoi2 macam orang pompuan....aku rasa tak cukup dewan dan pentas untuk kaum2 Adam ni terima Dean's List.
Lepas ni aku nak jumpa mana2 Professor suruh depa buat thesis pasal "Kajian Mengenai Penggunaan Common Sense & Logik Akal Semasa Peperiksaan Di Kalangan Pelajar Lelaki" Amacam boleh....????

Actually back to pegangan kita, segala yang berlaku tu semuanya kehendak Allah, DIA lah yang mengkehendakkan segala-galanya. Tak ada apa2 kelebihan pada diri manusia itu sendiri sebenarnya sama ada lelaki atau perempuan. Semuanya adalah milikNYA.

Malah setiap saat yang di"allocate"kan untuk kita setiap hari tu adalah milikNYA. So....don't ever say "I don't have time" or "Don't interrupt my time". Dah tu pulak, masa tu dibuatnya macam bapak dia punya pulak. Keluar minum pagi berjam2. Kantin yang disediakan tak pergi kononnya dah jemu beb. Tak nak jemu punya pasal sanggup pi breakfast kat kedai mamak yang jauhnya 20KM. Aku nak tanya hangpa semua.....adil tak kita buat cam tu ? Fikir-fikir!!!!!!!

Salam Kelahiran

Assalamualaikum and Salam Sejahtera.....So, ari ni dengan penuh bangganya aku melancarkan sebuah blog yang telah lama aku idam2kan yang aku namakan "akupunyalife". Walaupun terasa sedikit kehampaan bila aku dapati blog2 yang aku lawati kebanyakannya dah berusia 2 tahun ke atas. Namun aku akan cuba merangkak2 macamana bloggers2 lain buat semasa first time depa mengenali blog dulu. Better late than never.

Actually di samping minat, kengkawan sendirilah yang secara tak langsung merangsang minda aku untuk create blog ni. Ada gak yang paksa....suruh buat jugak, no mattter what. Bukan aku tak nak buat tapi oleh kerana constrain dengan kerja aku tu, so aku dok delay from time to time sehinggalah ke hari yang penuh bersejarah ni. Cheeewahhh, syok sendiri ni....heheheheh. Blah la lu.....

Okay, selalunya bloggers akan meletakkan satu2 konsep atau "niche" bagi blog yang mereka create, sama ada bersifat politik, konsep nasihat, konsep bussines, profail, promosi, cari jodoh (sapa kata tak ada???? ada laaaa), bicara agama dan sebagainya. Senang cakap "niche" ni sebenarnya bermaksud tumpuan, bidang khusus atau sesuatu yang spesifik. So, untuk blog aku ni, aku tak letakkan sebarang "niche". Naper erkkkk??? Supaya minda aku tak terikat dengan satu2 sudut jer. Ada paham...???? Understand or not ?(statement ni cikgu english aku dok selalu sebut masa aku derjah baper ntah......aku dah tak baper ingat, dah lama dahhhhhh) Aku nak tulis apa pun, semua tu hak aku, sapa pun tak boleh halang. Maybe I can say that this place (blog ni) is a place where I can finally speak my mind.

Kalau dah tak de apa2 tujuan yang spesifik pasal apa hang dok gatai nak buat blog ni? Mungkin ada sesapa yang akan tanya kat aku soklan ni. Aku dah ready dah nak jawab apa.....hehheheh. Mudah jer, dalam alam fizikal (sekadar meminjam istilah yang digunakan oleh salah sorang Proffesor aku) terkadang manusia terpaksa jadikan diri mereka sebagai seorang yang hipokrit. Ni sifat semulajadi manusia tau. Aku bagi contoh, seumpamanya dalam perbualan dengan sapa2, dalam kita dok sembang2 tu, suara hati kita dok bersembang jugak.... pasal ada perkara2 yang tak boleh dizahirkan melalui mulut kita kononnya nak jaga hati kawan yang kita dok sembang tu. Mungkin kita tak boleh nak terima pendapatnya tapi kita dok anggok2 kepala macam setuju......... tapi jauh di sudut hati memberontak dan terus berkonflik. So, kita boleh membuat andaian pertama bahawa blog ni adalah sebuah mekanisme untuk menzahirkan suara hati.

And one more thing.......aku selalu cakap kat orang2 lain "Perhaps someone can shut my mouth up, but remember no one can shut my mind off". So, ni mungkin salah satu sebab aku wujudkan blog ni kerana minda manusia itu sentiasa dinamik dan tidak pernah berhenti untuk berfikir. Yang orang selalu dok kata berangan-angan tu, sebenaqnya berfikir. Tengah dok bawak kereta kat highway pun kepala otak kita ni ligat mengalahkan putaran tayar yang menyebabkan speedo meter mencecah 140kmph. Time tu mulalah....rasa nak save apa2 yang ada dalam kepala tu ke dalam blog.

So, kesempatan ni aku nak ucapkan timacih pada semua yang dah visit & baca apa yang aku merapukan dalam blog aku ni. Tenqiu jugak pada kengkawan yang telah bagi sokongan moral kat aku sehinggalah wujudnya "akupunyalife.blogspot" ni. Free to comment apa2 sahaja yang aku tulis kat dalam blog aku ni.

And as ussual....Take Care & Remember ALLAH Alwizzzzzzzz

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...